Friday, March 23, 2012

Dedication To My 3 VVIP Best friends

Silverose

Kita kawan baik dari high school. Banyak benda kita dah buat bersama2. Kita jadi budak nakal dan kita jadi budak baik. Awak tengok saya sedih, saya tengok awak sedih. Awak tolong saya, saya tolong awak. Kalau kita gembira, kita gembira sama2. Terpisah sebab awak pergi sekolah berasrama penuh. Saya merajuk sebab awak tinggalkan saya. Haha kelakar kan kisah kita? Sampai kita sama2 dah ke universiti pun saya merajuk lagi. Buat2 merajuk sebenarnya haha, But the truth is, saya rindukan awak, rindu kita di zaman sekolah dulu.

Tapi sekarang itu semua dah tak penting. Sejauh mana pun kita terpisah, kita tetap kawan baik kan? I got you, you got me. Terima kasih sangat2 sebab selalu ada walaupun bila saya susah :') dan jugak selalu ada bila saya senang. Saya akan cuba jadi kawan yang terbaik. I'll always stay by your side whenever you need me. If you need anything, just give me a call.

Love you lots Miss Silverose. ^_^ I wonder if you still remember this name.


Storm Trooper

Di universiti kita langsung tak pernah bercakap. Senyum? Entah. Aku tak pernah ingat kita pernah senyum kalau terserempak. Aku cuma berkawan dengan budak kelas kau. Kau berkawan dengan budak kelas aku. Kita? tak pernah berkawan pun. Pernah terfikir untuk berkawan ke? Rasanya tak pernah pun. Pelik kan life. Aku sampai sekarang masih lagi pelik haha. The fact that we became best friend via world wide web. Thanks to Twitter, i got to know you. Kita banyak persamaan, ada chemistry. Right? hehee.

Kita masing2 bermasalah. Selalu bermasalah. Sibuk dengan macam2 masalah. But one thing I know, whenever I need you, you will always be there. Listen. Whatever I pot pet pot pet to you, it never seems to bother you. You never judge me like everyone else. :')

Sayang kau. Enough said.


NAT

Tak perlu ada kawan ramai2. Kalau tak ada seorang pun yang sanggup stay masa kita susah. Tak perlu kisah kalau ada kawan baik hanya seorang dua, tapi mereka tetap ada walau seteruk mana pun kita.

You are like an angel from above. Thanks for choosing me as your best friend.

No comments: