Saturday, February 4, 2012

My Knowledge For Life: Shah Waliyullah Al Dahlawi

PERANAN DALAM GERAKAN TAJDID WAL ISLAH

Pada awal abad ke 12 Hijrah,Shah Waliyullah telah mempelopori gerakan Tajdid wal Islah, iaitu gerakan pembaharuan dalam kesedaran dan pembangunan semula masyarakat Islam yang dipergiatkan lagi oleh Al-Sayyid Jamaluddin Afghani al Husaini dalam abad ke 13 Hijrah.

Pada zaman permulaan abad ini,orang-orang yang dianggap ulama’ pada masa itu pula menjadi penganjur kepada amalan-amalan bidaah dan khurafat.Perbincangan-perbincangan tentang masalah khilafiah baik yang berpunca dari Al-Quran atau Hadis atau Feqah seringkali berakhir dengan pergaduhan dan masam muka. Apa yang pasti, ulama’-ulama’ itu bersependapat di dalam mengekalkan orang-orang awam dalam kejahilan.

Demikianlah keadaan umat Islam pada awal abad ke 12 Hijrah atau permulaan abad ke 18 Masihi. Keadaan seperti itulah selalunya menghendaki kedatangan seorang tokoh mujaddid seperti Shah Waliyullah.

Rasulullah pernah menyebutkan,
“Sesungguhnya Allah menghantar untuk umat ini dipermulaan 100 tahun orang-orang yang memperbaharui untuknya agamanya” ( HR Abu Daud ) 

Beliau memperjuangkan pemikiran pembaharuan dalam beberapa aspek iaitu :

1.Akidah – Beliau menjelaskan betapa pentingnya akidah untuk membetulkan cara berfikir,beramal dan bertindak.Banyak kesilapan berlaku di kalangan umat Islam kerana salah faham dalam akidah.

2.Berpegang kepada Al-Quran dan Sunah – Beliau menganjurkan supaya ilmu Al-Quran dan Sunah dipelajari secara mendalam supaya umat Islam dapat memahami rahsia-rahsia dan hikmah-hikmah dalam syariat Allah Ta’ala ,seperti yang difahami oleh umat Islam terdahulu.Orang Islam hendaklah mengutamakan Al-Quran dan Sunah sebagai panduan hidup,serta meninggalkan taklid kepada pendapat-pendapat fuqaha melainkan setelah dibahas,dihalusi dan difahami hujah-hujah mereka.

3.Siasah dan pemerintahan – Beliau mengajak umat Islam mencontohi khulafa ar-rasyidin dalam menegakkan syariat Allah melalui pemerintahan Negara Islam.Kitab beliau,”Khilafatul khafa-i-an tarikhil khulafa-i” antaranya menjelaskan tentang cirri-ciri Negara Islam,kewajipan dan tanggungjawab menegak dan memeliharanya.

4.Bahasa Arab – Kebanyakan orang Islam tidak memahami Bahasa Arab,ini menyebabkan mereka tidak memahami Al-Quran dan Sunah secara langsung.Setiap orang Islam sepatutnya tahu Bahasa Arab dan dapat memahami makna Al-Quran sekurang-kurangnya secara umum apabila membacanya.

5.Masa depan Dunia Islam – Dalam perjuangan gerakan Islam, Shah Waliyullah melihat umat Islam perlu bersedia dengan kemampuan akal yang tinggi bagi menghadapi kemajuan dunia.Mereka perlu dibekalkan dengan ilmu dan kefahaman tentang hikmah-hikmah ajaran Islam dan syariat Allah.

Beliau menganjurkan, sekiranya sesebuah negara itu tidak dapat dibaiki lagi kerana terlalu rosak, satu angkatan jihad bagi menumbangkan pemerintahan itu hendaklah diujudkan supaya dapat dibentuk sebuah Negara Islam baru yang dapat melaksanakan syariat Allah.



sumber: Halaqah.net


P/S: Rindu arwah daddy. Kalaulah dia ada, dialah guru terbaik untuk ilmu Shah Waliyullah ini. :'(

Friday, February 3, 2012

My New Toy: La Sardina Domino

Lomography is part of my life. :)

Salah satu analogue kamera yang aku gilakan ialah La Sardina Pattern Addition. Super cool owh.


This is the 35mm film camera. Features:
  • an awesome 22mm wide angle plastic lens
  • MX switch and rewind knob - for multiple exposure 
  • unique design
  • 2 focusing settings. Close up & scenery
  • bulb setting for long exposure

Package includes:
  • one La Sardina camera
  • one La Sardina book
  • one La Sardina lens cover
  • instruction manual

Unique designs to choose:

Finally i got one of these. Jyeahh! Cuba teka yang mana satu aku punya? :D Jeng jeng jeng

mine is DOMINO!


I love CUBIC as well tapi masa nak beli yang CUBIC out of stock pulak. My next aim is Diana Mini. Tapi sebelum tu kena beli Fritz The Blitz flash dulu.

Okay! I'm ready to shoot nice picture now. Bye for now.